BAB 1 : KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

By Cikgu Eija, Cikgu Ajib & Cikgu Nana

Pengaruh British di Kedah

(Teks m/s: 4-6)

  • sebelum tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian dari wilayah Kedah
  • Kedah pula terletak di bawah naunganSiam
  • terkenal sebagai sebuah kuasa maritim
  • Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan kegemilangan Kedah terutamanya di PulauPinang

Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah

a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan

  • kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat
  • banyak terdapat kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat membaiki kapal
  • pedagang singgah sebelum belayar keCanton,China
  • tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun

b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan

  • banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar sepertiChina
  • teh dariChinadiperlukan oleh SHTI
  • Chinaperlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu

c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera

  • SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya
  • SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India
  • Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankanIndiadari serangan Perancis

Ancaman-Ancaman di Kedah

  • Kuala Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu
  • pemimpin mengamalkan dasar buka pintu dalam pentadbiran
  • Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa
  • para pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan ancaman dalam usaha mengekalkan kedaulatan Kedah dariBugis,SiamdanBurma

i)  Ancaman Bugis Dari Selangor

  • akhir abad ke-18 keadaan politik Kedah tidak stabil kerana perebutan takhta antara pembesar-pembesar
  • keadaan ini mengancam kedaulatan Kedah
  • tahun 1770 Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah
  • kerabat diraja Kedah tidak bersetuju kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara
  • kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa
  • tentera Bugis pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah dan Alor Setar
  • Sultan Kedah terpaksa berundur ke Kangar
  • Sultan Muhammad Jiwa dapatkan bantuan tentera dari firma Jourdain Sullivan and de Souza
  • tahun 1771 firma telah menghantar Francis Light ke Kedah untuk berunding
  • perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah
  • firma dikehendaki membantu Kedah dalam ketenteraan
  • Sultan Kedah membatalkan perjanjian apabila firma tidak membantu Kedah menyerang Bugis di Selangor

(ii) Ancaman Siam

  • Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepadaSiamsemasaSiamberperang denganBurma(1753-1781)
  • selepas perang tamatSiammenjadi kuasa yang kuat dan menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia
  • Kedah berasa terancam
  • Sultan Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan tentera SHTI
  • Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah dari ancamanSiam
  • Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera
  • SHTI bersetuju untuk membantu Kedah

Francis Light di Pulau Pinang

 (Teks m/s: 7-9)

  • SHTI bersaing dengan Belanda di semenanjung Tanah Melayu
  • SHTI bimbang dasar monopoli Belanda menjejaskan perdagangan mereka
  • SHTI anggap tawaran Sultan Abdullah yang membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang sebagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’
  • Francis Light menandatangani perjanjian secara peribadi dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah
  • Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat Francis Light memberi bantuan tentera apabila perlu
  • Pada 11 Ogos 1786 upacara menaikkan bendera rasmi British iaitu Union Jack diadakan
  • nama Pulau Pinang ditukar kepada Prince of Wales Island oleh Francis Light
  • ibu negeri Pulau Pinang dinamakan Georgetowniaitu sempena nama Raja England– King George III
  • tahun 1787 sebanyak 42 buah kapal berlabuh di Pulau Pinang
  • tahun 1790 bilangan kapal bertambah kepada 104 buah
  • bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu

Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786

  • SHTI bantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh
  • SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
  • SHTI berjanji akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan

 

Pulau Pinang Diambil British Secara Rasmi

  • tahun 1786Siammenakluk Patani dan mengancam Kedah
  • Sultan Abdullah menuntut SHTI memberi bantuan tentera (seperti dalam perjanjian 1786)
  • SHTI enggan membantu dengan alasan SHTI tidak terlibat dengan perjanjian
  • SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan denganSiam
  • Sultan Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan PulauPinangkerana tidak menenpati janji
  • Francis Light enggan dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolah oleh Sultan Abdullah
  • Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis Light
  • Tahun 1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang
  • Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor
  • Francis Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai
  • Sultan Abdullah tewas
  • Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791
  • kesan-kesan:

– SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi

– sebagai ganjaran SHTi membayar 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah

– George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama

SHTI Mengambil Seberang Perai

(Teks m/s: 10-12)

  • 2 sebab SHTI memerlukan Seberang Perai;

i. Seberang Perai sebagai benteng mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang oleh pihak musuh

ii. Seberang Perai subur dan sesuai untuk pertanian bagi menampung makanan di PulauPinang

  • SHTI mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan tentera bagi menghadapi ancamanSiam
  • terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan gabenorLeithpada Jun 1800
  • kesan – SHTI menduduki PulauPinangdan menukar nama kepada Province Wellesley

Syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800

  • Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai
  • SHTI membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi PulauPinangdan Seberang Perai
  • SHTI tidak membantu Kedah apabilaSiammenyerang Kedah pada November 1821
  • rakyat Kedah terpaksa berjuang sendiri
  • Kedah tewas dan ditaklukiSiam
  • Jun 1826 RajaSiam  Rama III menandatangani perjanjian dengan Henry Burney di Bangkok iaitu Perjanjian Burney 1826

Syarat Perjanjian Burney 1826

  • British mengiktiraf  ketuananSiamterhadap Kedah
  • Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor danBurma
  • British tidak membantu sultan Kedah menyerangSiamdan jajahan takluknya
  • British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepadaSiam
  • Siammengiktiraf pendudukan British di PulauPinangdan Seberang Perai

Perluasan Kuasa British di Singapura

(Teks m/s: 13-18)

Sebab-Sebab British Bertapak di Singapura:

i. SHTI gagal memajukan Pulau Pinang

  • Pulau Pinang gagal mencapai kemajuan
  • kedudukan Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu
  • kebanyakan kapal dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga

ii. Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik

  • perdagangan SHTI denganChinasemakin penting
  • barang daganganChinaseperti teh, sutera, kapas dan bahan pencelup mendapat pasaran lumayan di Eropah
  • SHTI memerlukan pelabuhan strategik di selatan Selat Melaka bertujuan untuk menguasai laluan perdagangan antaraIndiadanChina
  • SHTI menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon (1793-1814)
  • selepas Perang Napoleon tamat British terpaksa memulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda
  • Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan buruk kepada pedagang British di Betawi
  • Stamfordraffles ditugaskan mencari pelabuhan baru
  • Rafflescubamembuka pelabuhan diPalembang, Acheh dan Riau tetapi gagal
  • hasrat British untuk menyaingi pengaruh Belanda tidak berhasil

iii. Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang strategik

  • merupakan sebahagian wilayah Johor
  • kedudukannya strategik di bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal laluan perdagangan di  Selat Melaka dan Selat Sunda
  • Singapura sesuaisebagai pelabuhan bebas dan pangkalan British untuk menyaingi Belanda di Betawi
  • Raffles mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan pangkalan baru di Singapura
  • Raffles yakin Singapura dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu
  • Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman berada di bawah pengaruh Belanda

Cara-Cara Raffles (British) Menguasai Singapura:

  • Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819
  • Pada 30 Januari 1819 Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman (Pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor) menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura
  • Temenggung Abdul Rahman  menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh British

Syarat Perjanjian 30 Januari 1819

  • SHTI boleh mendirikan loji di Singapura
  • SHTI bersetuju melindungi Temenggung Abdul Rahman dari ancaman dalam dan luar negeri
  • SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung Abdul Rahman
  • SHTI tidak membenarkan Temenggung Abdul Rahman membuat hubungan dengan kuasa Barat lain
  • perjanjian antara Raffles dan Temenggung Abdul Rahman ini tidak sah kerana tidak dipersetujui Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman
  • Raffles merancang untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda
  • Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan semula masalah pewarisan takhta yang berlaku tahun 1812
  • Raffles memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabal sebagai Sultan Johor
  • Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabal sebagai Sultan Johor yang baru
  • pada 6 Februari 1819 Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles yang dibuat pada 30 Januari 1819
  • SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura
  • pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor menpunyai dua prang sultan iaitu Sultan Hussein di Singapura (diperintah oleh Temenggung Abdul Rahman) dan Sultan Abdul Rahman di Lingga
  • British melantik Residennya di Singapura iaitu William Farquhar (1819-1823) dan John  Crawford (1823-1826)

Kuasa British di Singapura Secara Rasmi:

  • tahun 1819 British belum lagi menguasai Singapura secara rasmi
  • pada 7 Jun 1823 Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman yang membolehkan SHTI menguasai Singapura dan pulau-pulau disekitarnya
  • pada 2 Ogos 1824 perjanjian ditandatangani antara Residen Singapura John Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
  • kesannya – Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura secara rasmi kepada SHTI

Syarat Perjanjian 7 Jun 1823

  • Sultan Hussein terima bayaran 1500 dolar Sepanyol dan Temenggung Abdul Rahman sebanyak 800 dolar Sepanyol sebulan
  • Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang  Cina
  • SHTI berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau berdekatan kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
  • undang-undang British dikuatkuasakan

Syarat Perjanjian 2 Ogos 1819

  • Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama-lamanya
  • Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya
  • Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura
  • SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbiran dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga
  • alasan SHTI ialah untuk memajukan Singapura
  • SHTI mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga
  • tahun 1866 pusat pemerintahan Johor di Teluk Belanga dipindahkan ke Johor Bharu

Pertikaian Inggeris-Belanda dan Perpecahan Kepulauan Melayu

(Teks m/s: 19-20)

  • Belanda tidak puas hati dengan petempatan Raffles di Singapura
  • alasan Belanda ialah Singapura berada di bawah lingkungan pengaruh Belanda dan Singapura akan menjejaskan perdagangan Belanda di Betawi
  • kesan pertikaian ialah;

a) Hubungan Belanda-Inggeris tegang

b) British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda kerana potensi Singapura sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan tentera British

c) Satu perjanjian ditandatangani iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)

Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)

  • Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura
  • Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu
  • British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada British
  • British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura

Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

  • Kepulauan Melayu terbahagi dua;

a) British menguasai Tanah Melayu dan Singapura di Utara

b) Belanda menguasai Kepulauan Riau dan Lingga di Selatan

  • British dapat meluaskan pengaruh di Tanah Melayu tanpa  gangguan kuasa-kuasa Barat lain
  • Melaka menjadi hak British dan membolehkan British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka
    • Kerajaan Johor berpecah dua iaitu;

a) Johor dan Singapura menjadi hak British

b) Kepulauan Riau dan Lingga menjadi hak Belanda

Penubuhan Negeri-Negeri Selat – NNS

  • tahun 1824 SHTI menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
  • Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor
  • Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen
  • tahun 1826 ketiga-tiganya disatukan di bawah satu pentadbiran iaitu NNS
  • tujuan adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan
  • ibu negeri NNS pertama ialah Pulau Pinang
  • tahun 1832 ibu negeri NNS dipindahkan dari PulauPinangke Singapura
  • alasannya kerana kedudukan Singapura lebih strategik dan menguntungkan

Pentadbiran di Negeri-Negeri Selat

  • pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor
  • Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India
  • Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap negeri di PulauPinang, Singapura dan Melaka
  • semua dasar dan undang-undang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral British di India
  • kesan-kesannya;

a) Penduduk dan pedagang tempatan tidak puas hati kerana NNS ditadbir  seperti Tanah JajahanIndia

b) Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak supaya dipindahkan pentadbiran keLondon

c) Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan sebagai Tanah jajahan British dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London

d) Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri

Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran NNS DariIndiaKe London (1867)

  • SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS
  • NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura
  • Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana kebanyakan mereka menubuhkan kongsi gelap dan melakukan kekacauan
  • Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang Sepanyol diganti dengan mata wang rupeeIndia– ini merugikan pedagang-pedagang kerana nilai rupee rendah
  • Penduduk tempatan membantah kerana NNS dijadikan tempat buangan banduan

Kesan Perpindahan Pentadbiran NNS Ke London

  • Tahun 1871 mata wang NNS pertama telah dikeluarkan
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s